Friday, October 9, 2009

UMNO KE RUANG KATARSIS

Imam Syafie ada menyatakan, "Air yang mengalir biasanya jernih; air bertakung pula selalunya keruh dan berbusuk". Siapa yang boleh menafikan ini? Kebenaran perkara ini sudah dapat dibuktikan melalui kaedah saitifik. Maknanya air perlukan arus, perlukan alunan..perlu terus bergerak untuk terus mengalir dan bernafas. Berbeza dengan air yang bertakung...ianya kotor, keruh, kehijauan dan berbusuk.

Dalam dunia kepolitikan dan kepimpinan perlu ada perubahan. Perubahan dalam erti kata mengiringi arus modenisasi semasa. Jika kehendak dunia berubah, maka minda dan jiwa fikir kita perlu berubah. Jika tidak, mana mungkin kita mampu menyerap dan beradaptasi dengan perkembangan dunia dan alam sekeliling yang melibatkan sosial, ekonomi, politik, pendidikan, pembangunan infrastruktur dan sebagainya.

UMNO umpamanya, perlukan pembersihan jiwa dan raga agar ia menjadi jernih semula. Diyakini 'penganutnya'...jika tidak, bekulah Umno!..jumud jiwa dan perasaanya, kejang mata dan telinganya!

Umno sudah lama mengisi mimpi-mimpi ketika sedang enak tidur di ranjang. Umno juga sudah sempat mengutip air-air mata perjuangan sejak mula penubuhannya. Umno juga sudah kekenyangan dengan darah-darah perbalahan serta tulang temulang perpecahan yang silih berganti memulas semangat perpaduan dalam kalangan ahlinya..Justeru, Umno perlulah ke ruang Katarsis

Tarikh 15 Oktober 2009 ini akan memperlihatkan pada ahli dan rakyat bagaimana Umno bakal melakukan pembersihan dan penyucian struktur pengurusan, kaedah pentadbiran dan barisan kepimpinannya. Perubahan semua ini disifatkan sebagai yang paling berani dan radikal dilakukan atas nama keinsafan untuk berubah dan memenuhi kehendak ahli dan rakyat. Ia juga peluang untuk Umno bertindak secara demokratik, terbuka dan inklusif. Antara yang bakal diputuskan :

• Ahli akar umbi akan menentukan barisan kepimpinan
• Hapus sistem kuota
• Mesyuarat perwakilan serentak
• Menghakupayakan Pemuda, Wanita dan Puteri peringkat cawangan
• Melantik ramai kaum wanita dalam kepimpinan
• Yuran keahlian RM2 seumur hidup.
• Kuasa untuk Pemuda, Wanita dan Puteri meluluskan keahlian baru dan iktiraf SU Bahagian.

Jika pun Umno ke ruang katarsis, biarlah seperti "telur dua sebandung, pecah satu, pecah kedua-duanya"... Janganlah seperti "abu di atas tunggul, datang angin terbanglah ia"...

2 comments:

kelapa mawar October 10, 2009 at 2:17 AM  

Salam ziarah sdr..

Sebelum ini, UMNO banyak dilabelkan sebagai satu parti yang konservatif sifatnya bersandarkan kepada apa yang disifatkan sebagai kurang keupayaan membuka ruang penyaluran suara akar umbi. Biarpun ada kesedaran atas peri penting ruang atau vakum itu, namun permulaan membukanya atau memulakannya nyata sukar dan tertutup. Kerana itu UMNO dilihat 'gagal' dirakyatkan dan didemokrasikan secara lebih matang dan berjiwa hidup..

Apabila rintisan Berubah atau Rebah menjadi idea utama parti, maka barulah tersingkap sedikit hijab politik UMNO..ahli sama ada diperingkat cawangan atau bahagian memerlukan lebih keterbukaan mendengar pandangan akar umbi yang dihuni rakyat biasa..apakah aspirasi mereka..? atau apakah gagasan terhadap kepimpinan sedia ada..?

Jika keterbukaan UMNO membincangkan secara lebih terurus beberapa kelemahan yang sudah didepan mata berjalan dengan sempurna dan pada waktu yg sama tidak menidakkan gagasan pemikiran pemimpin terdahulu..maka kita dapat melihat pada dasawarsa akan datang UMNO menjadi lebih demokratik dan mendukung prinsip politik matang..

memang benar Politik adalah ibarat cecair yang mengalir dan mengikut bekas yang menadahnya..Justeru sistem dalam UMNO perlu segera direform untuk menjadikan air itu pelbagai bentuk mewakili kepelbagaian hasrat peringkat akar umbi..

Salam hormat dari KELAPA MAWAR.

Tudung Duang October 16, 2009 at 12:59 PM  

Salam KM...

Terima kasih kerana sudi berkunjung & memberi komentar dalam blog saya..
Sebenarnya adalah satu penghargaan kepada saya kerana KM sudi membenihkan tinta dan memberikan ulasan yang sangat sagnifikan dengan politik kb.
Siapalah saya jika dibandingkan dengan KM..seorang blogger yg sarat dengan idealisme dan kritikal dengan perkembangan politik KB, Sabah dan nasional..

Salam hormat dari TUDUNG DUANG

SELAMAT DATANG


RENUNGAN.....

Memuji bukan bermakna menyokong, mengkritik tidak bererti membenci. berilah pujian di depan umum dan berilah kritikan secara empat mata. Jangan mengecam mereka yang sudah berusaha tetapi gagal tapi kecamlah mereka yang gagal berusaha...

-Pepatah Tibet-

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP