Wednesday, September 9, 2009

RAMADAN DAN NOMBOR

Hai...Assalamualaikum! Salam Siber..Salam Ramadan..

Hari ini pada jam 12.34 tengah hari tadi saya mendapat sms rakan yang berbunyi "Hari-hari kita yang sibuk".."selamat menyambut tarikh 09/09/09/"..Saya senyum-senyum dalam hati..sambil memikirkan sesuatu mengenai sms rakan tadi. Dalam hati nanti saya reply. Walau bagaimana pun saya masih tercari-cari apa yang menarik untuk mengaitkan sesuatu dengan 09/09/09. Sambil menikmati puasa sepanjang hari..melihat sekeliling..melihat perjalanan manusia dan kehidupan..manusia dan karenah kesibukan..manusia dan alam yang terbentang..juga melihat jauh dari dalam diri..betapa banyak lagi untuk kita manusia memperbaiki segala kepincangan dan kelemahan kita yang ada.

Dengan rehat yang seketika sementara menunggu pula nikmat berbuka puasa maka saya lontarkan persoalan untuk kita sesama manusia. Betapa kita sebagai manusia perlu sering berubah dari semasa ke semasa. Berubah dari dari kurang baik kepada baik. Berubah dari baik kepada lebih baik. Berubah cara fikirnya..berubah cara geraknya..berubah untuk mendapat kedudukan, keselesaan untuk sama-sama manusia lainnya berhadapan dengan cabaran demi cabaran hidup yang mendepani. Saya teringat ungkapan seorang ahli falsafah barat, Norman vincent Piele..katanya "Ubahlah fikiran-fikiran anda, maka anda akan mengubah dunia anda" demikian juga kata Tun mahathir suatu ketika dulu ketika melancarkan slogan MALAYSIA BOLEH.."Untuk menjadi seorang pemenang,anda mestilah pertama-tama berfikir sebagai pemenang".Kenapa saya seretkan persoalan-persoalan ini? Kerana kita manusia perlu berubah..aliran hidup kita harus diulit oleh nadi-nadi perubahan yang mendorong ke arah kejayaan...Kunci kepada semua ini ialah ubah cara berfikir kita!

Berbalik pada kisah sms tadi. sepuluh minit sebelum berbuka puasa saya menerima pula sms seorang rakan lain lagi. "Today is unique date,-its 09/09/09. Have a nice day"..demikian bunyi sms tersebut. Saya berfikir dan mencari lagi suatu perkaitan yang boleh disabitkan. Selesai berbuka..kotak minda saya terus lagi berfikir... saya Berfikir apa istimewanya tarikh 09/09/09?...Akhirnya saya terfikir, bagi yang fanatik dan familiar dengan 'nombor' pasti tidak melepaskan peluang 'mencuba nombor '0909'..Baru petang tadi saya 'melimpasi' sebuah kedai 'nombor'..begitu ramai manusia yang mencuba nasib di situ..Akhirnya saya berfikir kenapa masih ada dalam kalangan kita manusia-manusia yang tidak mahu berfikir untuk berubah! Terutama dalam bulan ramadan yang mulia ini..Khabarnya nombor '0909'..sold out! Unik kan...SELAMAT BERFIKIR!

1 comments:

Norawi September 10, 2009 at 1:54 PM  

bukan masalah 0909 tetapi para penggemar nombor akan berhimpun semasa kemalangan berlaku bukan kerana menolong,tetapi sibuk nak ambil nombor kereta yang mendapat kemalangan tersebut.Nombor pendaftaran kereta saya dah banyak kali mendapat tempat samada 8770,7780,0778.Sekarang kereta saya mengalamai sedikit kerosakan,berita baik bagi pengamal nombor kerana mungkin mereka dapat conggakkan nombor tersebut

Saya dah banyak kali diberitahu,malangnya awak.kami selalu mimpikan kereta awak.tapi kami dah beribu-ribu dpt imbuhan hasil mimpikan kereta awak.untuk makluman,kereta aku baru-baru ini dikencingkan oleh seekor anjing liar.SELAMAT MENCUBA!

SELAMAT DATANG


RENUNGAN.....

Memuji bukan bermakna menyokong, mengkritik tidak bererti membenci. berilah pujian di depan umum dan berilah kritikan secara empat mata. Jangan mengecam mereka yang sudah berusaha tetapi gagal tapi kecamlah mereka yang gagal berusaha...

-Pepatah Tibet-

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP