Friday, April 13, 2012

TUNTUTAN HAK-HAK SABAH : ANTARA KEPENTINGAN POLITIK, PERPADUAN KAUM DAN KEDAULATAN NEGARA

Secara prinsipnya di ‘atas kertas’ hampir 100% orang Sabah bersetuju agar tuntutan hak-hak Sabah diberi komitmen tinggi untuk diambil perhatian oleh parti pemerintah dan kerajaan. Terasa khianat dan belot kita sebagai anak jati Sabah jika idea-idea sebegini ‘dibakulsampahkan’.

Pelbagai macam dan cara untuk kita memperjuangkan hak-hak Sabah. Kebudayaan, sukan, sosial, ekonomi, pelancongan, perjawatan, perindustrian, infrastruktur, pendidikan dan lain-lain. Politik salah satu. Namun perlu ada keseimbangan, kejujuran dan ketelusan yang tersendiri serta terancang dalam membawa perkara ini demi menjagai dan memelihara keharmonian kaum secara keseluruhannya di Sabah mahupun di Malaysia. Persoalannya sejauh mana kita mendasari serta menyelami kejujuran dan ketelusan itu demi hak kita? Mungkinkah tuntutan kita itu bermaruah atau ber-rebah?

Saya melihat bahawa tuntutan hak-hak Sabah harus diolah secara berpada, beradab, berhemah dan bersantun. Kerana inilah konsep kebersamaan kita yang mendukung aspirasi prinsip Rukun Negara. Prinsip yang terbukti telah memberi ruang untuk semua kaum bumiputera di Sabah yang terdiri dari puluhan etnik yang terlalu kompleks sifatnya untuk saling merasai nikmatnya perpaduan dan pembangunan seiring dengan semua kaum dan agama. Bukankah kita sekarang berada di bawah satu bumbung? Malaysia.

Dalam situasi semasa politik sekarang, pelbagai pihak telah mengalunkan rentak dan nada. Sama ada sumbang atau tidak, yang nyata ada pihak mengambil kesempatan dan peluang demi kepentingan pihak-pihak tertentu. Persoalannya, adalah sangat besar impak dan persepsi undang-undang yang bakal terpancar dari kerakusan kita menuntut hak-hak Sabah. Pada masa yang sama peluang mengambil kesempatan untuk 'dicemari' ataupun ‘dicemaskan’ situasi politik dalam negara bakal dihidu oleh pihak-pihak yang tidak sebulu dengan pihak yang lain. Atas dasar perebutan kuasa. Kuasa politik! Bukan saja anasir dari dalam malahan anasir luar bakal menjenguk tingkap perpaduan yang nampak kian terngangga. Pasti ada yang meneguk di air yang keruh. Siapa yang bakal kita salahkan bila pihak-pihak asing sudah berani menjentik hak kedaulatan negara kita?

Justeru kita perlu melihat bahawa tuntutan hak-hak Sabah haruslah disiagakan dalam bentuk yang lebih telus dan sangat ikhlas, bukan teka-teki…dikupas sebijaknya. Biarlah pihak-pihak yang bijaksana dan tinggi tahap integritinya membawa perkara ini demi menjamin keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia tanpa menyelitkan keegoan idealogi politik masing-masing. Apa lagi yang berkepentingan peribadi…menjana minda orang lainnya ke arah kesungkuran nilai dan moralnya.

Sanggupkah kita melihat perpaduan kaum di sabah dan di tempat lain yang kita jalin atas nama negara Malaysia tercalar hanya kerana polemik tuntutan hak Sabah? Atau mungkinkah kita yang tersepit di tengah-tengah kekalutan perebutan kuasa politik antara beberapa pihak? Ternyata tuntutan yang melibatkan hak-hak kenegerian adalah bahana politik yang sangat merbahaya sifatnya. Sungguhpun demikian bukanlah bermakna bahawa tuntutan hak-hak Sabah tidak perlu mendapat tempat di hati rakyat Sabah. Ianya tetap benteng memelihara hak Sabah. Namun pada masa yang sama ia juga merupakan set pemelihara keharmonian kaum dan perpaduan, semangat satu nusa, satu bangsa, satu negara, satu Malaysia dan satu bahasa. Cuma kita pinta tuntutan hak-hak Sabah bukanlah satu-satunya perkara mutlak yang perlu Sabah perjuangkan semata-mata. Lebih jauh dari itu kita perlukan kestabilan, keharmonian dan keseimbangan dalam setiap inci pertelingkahan atau perselisihan kita. Supaya kita senegara aman dan makmur sejahtera sentosa.

Salam hormat,
TudungDuang

2 comments:

Ajin b. Gagah May 26, 2012 at 7:21 PM  

Salam sdra Tudung Duang @ Bukan Pada Nama

Saya bersyukur kerana mengenali sdra secara personal hari ini. Dalam pada itu, kita sempat juga berbincang dan seterusnya bertukar2 pendapat secara rasional mengenal isu yang sdra ketengahkan diblog sdra ini.

Namun kerana keadaan yang kurang sesuai perbincangan kita hanya sekadar ‘am’ saja dan tiada sebarang kesimpulan.

Satelah membaca isi kandungan blog sdra maka saya memahami lebih lanjut lagi sentimen kerisauan sdra mengenai isu tuntutan hak-hak yang tengah diperjuangkan oleh aktivist politik dan juga parti-parti tempatan saperti STAR dan SAPP.

Dari kefahaman saya, sdra agak runsing kemungkinan tuntutan-tuntutan saperti ini boleh bertukar menjadi catalyst yang menganggu ketentaram dan kemungkinan juga keselamatan negara kalau ia nya diteruskan tanpa mengambil kita elemen-eleman yang boleh mengancam keharmonian dan perpaduan dikalangan kaum di Sabah khas nya dan Malaysia am nya.

Secara logik nya saya memahami pandangan sdra disamping menghormati kesangsian sdra terhadap isu yang disaluti oleh perkara2 yang dikira sensitif itu...Agak nya. Kerana sebab itu, suatu ketika Dr Jeffery Kitingan di tahan selama 2 tahun di bawah ISA.

Namun kerana perubahan zaman dan juga pucuk kepimpinan, kerajaan sekarang (di bawah tadbir PM Datu Seri Najib Abd Razak) agaknya lebih terbuka dalam hal2 saperti ini...So ia nya tidak lagi begitu mencemaskan untuk menghidupkan kembali tuntutan ini (tuntutan yang berasakkan perkara 20 dalam perjanjian penubuhan Malaysia pada tahun 1963)...Dengan syarat ia nya tidak akan menimbulkan agenda hasutan yang bertentangan dengan undang2 negara.

Sapertimana yang kita bincangkan sebelum ini, tuntutan yang dikendalikan oleh parti STAR hanya tinggal 7 perkara dari tuntutan asal 20 perkara. Kerana pada hemat pemimpin STAR hanya 7 itu sahaja yang releven untuk diperjuangkan.
Bersambong...

Ajin b. Gagah May 26, 2012 at 7:25 PM  

Untuk tujuan kongsi pandangan, saya sertakan 7 perkara Tuntutan STAR tersebut saperti berikut;
1. Menuntutkan kerajaan perseketuan untuk memulihkan status rakan kongsi negeri Sabah dan Sarawak setaraf dengan Malaya sapertimana yang dipersetejui dalam penubuhan Malaysia pada tahun 1964. Ini termasuk pemberian hak-hak istemewa dan peranaan Sabah dan Sarawak dalam kuasa kewarganegaran, kuasa pendaftaran dan kuasa immigrasi;
2. Menuntut supaya formula pengagihan hasil yang seimbang dan adil termasuk mengkaji semula peratus hasil minyak mentah dan juga penempatan wakilan yang lebih adil dalam Parlimen/Kabinet Perseketuan/ Perundangan dan Perkhidmatan tadbir dan Diplomatik;
3. Menuntut supaya dihapuskan hasil Cabotaj/pengangkutan/Perdagangan yang mempunyai impak negatif keatas negeri-negeri Borneo;
4. Menuntut supaya dihormati perlaksanaan hak-hak penduduk asli(Native Rights) dan perkara 153 perlembagaan perseketuan;
5. Menuntut supaya fokus pembangunan ekonomi dialihkan supaya lebih menjurus kepada Sabah dan Sarawak. Termasuk mengurangkan jurang ekonomi dan digital diantara Malaysa dan negeri-negeri Borneo(Sabah dan Sarawak);
6. Mengatasi masalah pendatang tanpa izin(PTI), Projek IC. Permasalahan nya mengugat integriti persempadanan Sabah dan Sarawak termasuk mengenakan hukuman berat keatas mereka yang terlibat mengeluarkan kewarganegaran kepada PTI;
7. Mengkaji kehadiran agensi-agensi daripada pusat diSabah dan Sarawak yang telah menguasai hasil keluaran dibidang tertentu serta hak milik rakyat tempatan.

Kalau kita selidiki dari aspek pentadbiran dan perundangan, tuntutan ini bukan nya berat sangat untuk diperjuangkan oleh semua pemimpin negeri Sabah (tanpa mengira perbezaan kefahaman politik).

kerana tuntutan ini ada lah hak kita bersama sebagai rakyat Sabah...Tuntutan yang sengaja dicicirkan oleh kerajaan Kuala Lumpur selama hampir2 50 tahun.

Selagi tuntutan ini dibuat melalui lunas2 demokrasi dan berlandaskan perundangan serta politik yang berseh, saya rasa ia nya tidak akan mengugat keselamatan negara dan keharmonian rakyat khas nya di Sabah dan Sarawak.

Pada dasar nya tuntutan ini ada lah hak milik rakyat Sabah dan juga Sarawak. Walau macam mana pun terpulang lah pada pendapat masing2 sama ada setuju atau pun tidak terhadap tuntutan murni ini.

Salam Hormat Dari saya dan Semuga Sukses

SELAMAT DATANG


RENUNGAN.....

Memuji bukan bermakna menyokong, mengkritik tidak bererti membenci. berilah pujian di depan umum dan berilah kritikan secara empat mata. Jangan mengecam mereka yang sudah berusaha tetapi gagal tapi kecamlah mereka yang gagal berusaha...

-Pepatah Tibet-

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP