Wednesday, September 16, 2009

SUKARNYA MENCARI PEMIMPIN UMNO BAHAGIAN KB...


Mau cerita sikit..

Sekitar pertengahan bulan Mac 2009, saya duduk bersebelahan dengan SSK di restoran KB Delight kerana ada perkara yang dibincangkan (Selain mohon sponsor,jemputan untuk SSK membentangkan kertas kerja dalam seminar Bahasa (anjuran BAHASA) di Kota Kinabalu suatu waktu dulu...

Kesempatan itu saya ajukan soalan kepada SSK.."Datuk, ngini datuk nyak lagi ngelantik dua orang dalam ajk bahagian? spontan SSK menjawab.."tiada yang layak! Pian?"

Saya dan yang lain duduk semeja melopong! Sebelum itu SSK menceritakan bagaimana Umno bahagian perlu berubah! cawangan2 Umno juga perlu berubah! Dari ahli biasa sehingga pemimpin biasa, hingga pemimpin pusat perlu berubah!..jangan bongkak! sombong!..jadi pemimpin jangan 'Tahu Semua'..

katanya lagi dia(SSK) tidak akan hadir ke sesuatu majlis atau program jika penganjur memohon sponsor dari beliau semata-mata untuk dia hadir merasmikan majlis tersebut...Saya dan rakan-rakan lain yang semeja hanya mendengar..

"Ngini datuk?"..tanya seorang rakan.. SSK menjawab.."Kenapa perlu saya sponsor kemudian saya datang dan rasmi?.."Kenapa tidak ahli cawangan berkorban sedikit wang kumpul-kumpul dan guna untuk anjur program atau majlis?.."itu saya akan datang." "Kita ubah mentaliti kita supaya berkorban demi parti atau pun demi majlis/program-program kemasyarakatan dan sosial. Dengan demikian semua merasa kepentingan dan keperluan program-program tersebut"..."Itu lah lumrahnya kita di kampung-kampung jika ingin menganjurkan pelbagai majlis di kampung...mesti juga minta sponsor dari pemimpin..lepas tu jemput pemimpin tadi sebagai perasmi"...

Apa yang ingin saya sampaikan ialah, dua perkara tadi. 1. Tiada yang layak untuk dilantik menjadi ajk bahagian dan 2. Kenapa tidak pihak penganjur majlis/program menggunakan bajet sendiri untuk menjemput pemimpin atau YB merasmikan majlis..

Dapatkah kita rasakan 'kesukaran' SSK mencari individu yang layak dilantik sebagai salah seorang ajk bahagian Kota Belud?..Atau pun ia sesukar kita mengumpul bajet sendiri untuk menganjurkan sesuatu majlis atau program? Sama-sama kita fikirkan..

3 comments:

SABAHKITA September 16, 2009 at 2:00 PM  

Salam Ziarah. Dan Selamat Hari Raya.
Hanya sebagai renungan...
Wassalam.

HERBERT B. SWOPE:
I cannot give you the formula for success, but I can give you the formula for failure: which is: Try to please everybody.

Seliu Liu September 17, 2009 at 1:28 AM  

Ai ngempelus kedaban tak buan poso tu.

watasikadi September 27, 2009 at 12:08 AM  

DSSK tidak mahu membuta tuli memilih AJK bahagian kerana AJK sekarang inipun tidak semuanya layak. Ini masalah UMNO KB. pimpinan harus berubah untuk mengubah mentaliti masyarakat. dalam sedar tidak sedar ini yang DSSK mahukan supaya Rakyat KB maju ke hadapan bukan tahu minta projek dikong sahaja tapi tidak memberi manfaat kepada masyarakat. DSSK tidak mahu menegur didepan juga kerana untuk kebaikan survivor politiknya. apapun terjadi saya tatap PAS. TAKBIR!

SELAMAT DATANG


RENUNGAN.....

Memuji bukan bermakna menyokong, mengkritik tidak bererti membenci. berilah pujian di depan umum dan berilah kritikan secara empat mata. Jangan mengecam mereka yang sudah berusaha tetapi gagal tapi kecamlah mereka yang gagal berusaha...

-Pepatah Tibet-

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP