Friday, September 4, 2009

Projek 3.4 bilion vs projek 10 ribu

Akhirnya kapal selam sulung negara tiba di jeti KD Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah. Kapal selam jenis Scorpene ini dikatakan mampu melakukan selaman sedalam 100 m dan 200 m ke dalam laut. Kapal selam yang bernilai 3.4 bilion ini telah pun di uji kehebatannya dengan menyelam dan belayar merentasi lautan sejauh 6,000 batu nautika dari Toulon, Perancis melepasi pelabuhan Jeddah, Djibouti, Somalia dan Cochin, India dalam tempoh 54 hari.

Betapa bangganya kita setelah negara merdeka 52 tahun baru inilah kita mendapat kapal selam kepunyaan sendiri. saya selaku rakyat malaysia tumpang berbangga dengan kejayaan ini.

Menurut faktanya, Scorpene adalah kapal selam jenis tempur konvensional dan mampu menampung hingga 50 anak kapal selaku crew di dalamnya.. akan beroperasi sepenuhnya di kawasan-kawasan strategik bermula pada 17 september ini. Kini tiada kegusaran lagi untuk kita mengkhuatiri pembolosan warga-warga asing ataupun pencerobohan sempadan laut oleh anasir-anasir yang menggugat keselamatan negara.

Maka timbullah telahan-telahan, andaian-andaian, conggakkan-conggakan dari politikus-politikus usang yang menyarangi kepala mereka... Siapa yang dapat tender menender untuk sebuah kapal selam ini..berapa untung mereka? siapa dapat?..teringat saya ketika waktu dulu bagaimana pihak Kementerian pertahanan ketika era pemerintahan Pak lah membatalkan pembelian helikopter dulu..

Persoalannya kenapa masih ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan pembelian kapal selam ini dari pelbagai sudut pandangan..Akhirnya saya sedar jika kes 3.4 bilion menjadi pertikaian apa lagi kes projek-projek di kampung-kampung sekitar 5 hingga 10 ribu projek memajukan kampung-kampung.

Tuduh-menuduh, iri-hati, tamak, dendam bersarang di kepala manusia yang masing-masing mahukan projek. Jika tidak dapat, orang lain yang dapat, pelbagai alasan dicari untuk menggagalkan projek..pengaruhi orang itu-ini! buat jalan raya contohnya..dibantah. tidak ikut spesifikasilah, minta pampasanlah, tanah rosaklah. demikian juga pembinaan atau baik pulih balairaya atau masjid. Juga timbul!.."sepatutnya si anu dapatlah,kenapa pula dia yang dapat", "padahal saya yang minta.." banyak lagi kes-kes sebegini berlaku di kampung-kampung sehingga sesuatu projek itu dipindahkan ke tempat lain...bukankah merugikan!

Justeru berfikiran terbukalah.. cepat-cepatlah kita menyedari betapa rezeki bukan manusia yang tentukan tetapi Allah yang tentukan..Biar pun projek itu diluluskan semuanya atas kehendak Tuhan. Biar seteruk manapun yang berlaku semuanya untuk kemajuan kampung..Yang penting tatacara prosedur di turuti. Jika ada pun kelemahan dan kepincangan, kita masih ada pilihan untuk menyuarakan..bukan dengan cara yang mengheret dan menjunam ke arah persengketaan...

2 comments:

SABAHKITA September 6, 2009 at 12:29 PM  

Sdr. Jain....@ Tudung Duang, Salam Ramadan dan Salam Ziarah. Selamat menunaikan Ibadah Puasa dengan sabar dan tawadu'.

....."sepatutnya si anu dapatlah,kenapa pula dia yang dapat", "padahal saya yang minta.."...

Memanglah perkara ini telah kita semua alami hampir saban waktu. "Kemahuan" tidak ada batasnya tetapi "keupayaan" kita terhad.

Memang benar seperti kata saudara yang bermaksud lebih kurang "sesungguhnya manusia akan dapat apa-apa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya dan tiada kuasa yang dapat merampasnya jika kita tahu bersyukur".

Selamat berjuang fan berjuang lagi di alam cyber. Wassalam.

Tudung Duang September 7, 2009 at 8:41 AM  

Terima kasih Sdra Sabahkita..

Kunjungan tuan dan komentar dari tuan dalam blog saya amat saya hargai...

Salam Ramadan..salam Siber..
TQ Bro...

SELAMAT DATANG


RENUNGAN.....

Memuji bukan bermakna menyokong, mengkritik tidak bererti membenci. berilah pujian di depan umum dan berilah kritikan secara empat mata. Jangan mengecam mereka yang sudah berusaha tetapi gagal tapi kecamlah mereka yang gagal berusaha...

-Pepatah Tibet-

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP