PEMIMPIN DAN KEPERIBADIAN
Bukan mudah menjadi pemimpin (dalam konteks pemimpin masyarakat, politik mahupun dalam sesebuah organisasi) Yang diangkat, yang diutamakan, yang diharapkan, yang perhatikan...istilah yang boleh digunapakai pada masa kini ialah "yang dikritik, yang ditegur...
Menjadi pemimpin sejati dan terpuji juga tidak mudah ;
Bercakap lurus berkata benar
pantang sekali berlaku kasar
Ramah kepada kawan dan lawan
dada lapang fikiran panjang
Pemimpin perlu sabar, tabah, tawakal, tahan ;
Tahan berhujan, tahan berpanas
Tahan berhujah, tahan berkata
Tahan susah berpenat lelah
Tahan mati berkalang tanah
Pemimpin perlu bijak ;
Bijak membuka simpul mati
Bijak memberi kata putus
Bijak melangkah dalam onak
Bijak menimbang sama berat
Pemimpin juga berbudi-pekerti ;
Berkuasa tidak memaksa
Berpangkat tidak menghambat
Bertaring tidak mengigit
Berkuku tidak mencakar
Pemimpin perlu berkorban ;
Berkorban wang beruntung rugi
Berkorban penat menegak adat
Berkorban dipijak membela yang hak
Berkorban binasa membela bangsa
Seorang pemimpin juga perlu setia dan taat ;
Taat dan takwa kepada Allah
Taat kepada janji dan sumpah
Taat memegang petua amanah
taat membela negeri dan rakyatnya
3 comments:
semoga saudara akan menjadi pemimpin yg berjaya & disegani..
pemimpin perlu bijak dan tahan derita
Marmar dan Norawi..
Terima kasih kerana sudi singgah meninggalkan sedikit tinta yang bermakna..
Post a Comment